Masalah Resdung - Jangan Ambil Mudah

Dalam bidang perubatan, resdung lebih dikenali sebagai penyakit alahan hidung. Resdung merupakan perkara biasa , namun ianya juga mempunyai beberapa implikasi jika tidak dirawat.

Simptom-simptom resdung:
  • kerap bersin dan selesema termasuk hidung tersumbat terutama pada waktu pagi.
  • Rasa gatal di bahagian hidung, dan kadang-kadang akan melibatkan gatal pada mata, telinga, lelangit dan tekak.
  • Rasa gatal makin jelas apabila terdedah kepada persekitaran seperti habuk, debunga, asap, perubahan cuaca dsbnya
  • Gatal apabila makan makanan tertentu seperti makanan laut, ayam, daging dan lain-lain.


resdung sinus

Apakah resdung boleh menjadi penyakit kronik lain?


Jika dibiarkan dalam tempoh yang lama, ia turut membimbangkan jika ada kaitan dengan penyakit kronik seperti barah hidung. Namun, kebiasaannya ia tidak menyebabkan penyakit barah. Walau bagaimana pun, jika penghidap mengalami alahan hidung yang teruk seperti lelehan selsema dan darah, mereka harus melakukan pemeriksaan endoskop hidung untuk memastikan tidak ada masalah lain seperti ketumbuhan dalam hidung.

Jika masalah alahan hidung tidak di rawat, ia boleh menyebabkan turbinat hidung membesar, dan seterusnya menyebabkan hidung sentiasa tersumbat walau tidak selsema. Di samping itu, ia akan menyebabkan masalah sinusitis, di mana berlaku jangkitan kuman di dalam sinus.

Jika penghidap selalu menghembuskan hidung untuk melapangkan hidung, risiko masalah telinga tersumbat dan telinga sakit juga boleh berlaku. Oleh itu, dinasihatkan agar tidak menghembuskan hidung apabila selesema, sebaliknya sedut ke dalam tekak dan keluarkan melalui mulut.

Rawatan yang diperlukan

1). Pencegahan
Mengelak dari perkara-perkara yang boleh menyebabkan alahan hidung seperti habuk. Sentiasa pastikan rumah sentiasa bersih dari habuk terutamanya karpet, langsir, kusyen dsbnya. Kucing juga perlu dijauhi kerana bulunya merupakan satu alahan. Elakkan memakan makanan boleh menyebabkan alahan. Makanan ini berbeza antara seorg individu dengan yang lain.

2). Ubat-ubatan
Selain pencegahan, masalah alahan juga boleh di kawal dengan ubat iaitu anti-histamin dan juga semburan intranasal steroid.

3). Pembedahan
Kaedah rawatan ini perlu dilakukan sekiranya penghidap mengalami masalah kronik seperti hidung sentiasa tersumbat disebabkan oleh hipertrofi turbinate, atau polip hidung dan juga infeksi sinus. Jika terdapat masalah ini, penghidap perlu berjumpa dengan pakar yang bertauliah untuk pemeriksaan dan rawatan.

resdung alahan
Set supplemen untuk sinus
4) Supplemen/ vitamin
Pengambilan supplemen/ vitamin tertentu penting untuk memulihkan nutrisi-nutrisi badan yang lemah, tidak cukup atau hilang. Pemilihan supplimen yang betul sangat penting bagi membantu pemulihan masalah ini. Antara yang dicadangkan adalah seperti berikut: Alfalfa + B-Complex + Vitamin C 


Hubungi saya untuk sihat dan berjaya,






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...