"KepadaMu aku memohon agar perkongsian ini memberi
seribu kebaikan buat diriku dan juga
yang lain. Aminnn"
Ramai menjadikan menu untuk sahur adalah lebihan menu ketika berbuka. Ada kalanya, kita terpaksa telan walaupun hakikatnya anda tidak berselera tetapi pasti menyesal kerana tidak bertenaga pada siangnya. Entri ini akan berkongsi rahsia minuman ringkas pemberi tenaga selama 13 jam berpuasa.
Memakan kurma bukan saja sunah mengikut Islam tetapi ia buah kering yang sangat sesuai untuk berbuka. Memandangkan ia kaya dengan glukos dan serat tambahan, ia membantu memberi tenaga tambahan dengan cepat.
