Showing posts with label nyah toksin. Show all posts
Showing posts with label nyah toksin. Show all posts

Alfalfa Shaklee - apa keistimewaannya??


"KepadaMu aku memohon agar perkongsian ini memberi seribu kebaikan buat  diriku dan juga yang lain. Aminnn"

Kebaikkan Memakan Alfalfa

1. Kaya dengan vitamin dan mineral
    Alfalfa Shaklee Mengandungi vitamin B, C, E dan K dalam jumlah yang seimbang. 

    Mengandungi mineral Kalsium, Magnesium, Kalium, Fosforus dan Zat Besi. Alfalfa 

    Shaklee turut mengandungi, Flourida, Protein, Mineral Surih, Serat, Asid Lemak 

    dan Antioksidan.

2. Alfalfa bermanfaat dalam penyerapan protein, dan karbohidrat.

3. Alfalfa juga bertindak sebagai pembersih darah

Singkir toksin dari tubuh

"KepadaMu aku memohon agar perkongsian ini memberi seribu kebaikan buat  diriku dan juga yang lain. Aminnn"

Jika anda mengalami pelbagai masalah kesihatan seperti cepat berasa penat, sakit kepala, jerawat, sembelit, berat badan berlebihan, insomnia, haid tidak teratur termasuk mulut berbau dan masalah kulit, kesemua itu merupakan tanda-tanda bahawa tubuh anda telah diracuni toksin berlebihan.

Agak mustahil bagi seorang manusia untuk bebas daripada toksin kerana toksin ada di mana-mana sahaja seperti di dalam udara, makanan, minuman serta berpunca daripada ubat-ubatan, dehidrasi, merokok, pengambilan minuman keras dan pemakanan yang tidak seimbang.




Biasanya toksin disingkirkan secara semula jadi melalui proses pencernaan iaitu pembuangan air kecil atau air besar. Namun begitu, jika proses pencernaan ini tidak berjalan dengan lancar, ia akan menyebabkan sisa toksin terperangkap di dalam tubuh.

Justeru, proses membuang toksin atau lebih dikenali dengan detoksifikasi secara semula jadi amat penting untuk meneutralkan, mengubah atau menghapuskan toksin. Proses ini berkait rapat dengan sistem pencernaan dan hati manusia.

Berikutan itu, kedua-dua organ tersebut perlu diberi perhatian khusus kerana ia merupakan organ yang terlibat dalam proses menyingkirkan sisa toksin daripada tubuh. 

Antara langkah yang boleh diikuti bagi menyingkirkan toksin secara semula jadi adalah dengan:

* Berpuasa: Puasa dapat merehatkan tubuh terutama sistem perut daripada bekerja secara berlebihan dan secara tidak langsung dapat membantu proses detoksifikasi.
* Hati: Sisa toksin yang tidak dapat disingkirkan akan berkumpul di dalam hati. Jadi, hati perlu dirangsang semula dengan mengurangkan pengambilan gula, garam, alkohol, kafein, makanan proses dan sebagainya.
* Sistem penghadaman: Bagi melancarkan sistem penghadaman, makanan yang tinggi serat seperti buah-buahan serta sayuran segar perlu diambil dan jangan lupa minum air masak secukupnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...