7 Tips elak anak 'gila' gajet & TV



Kalau anda nak anak2 anda lebih kreatif, lebih sihat, more adventure, cara paling mudah ialah dengan mengurangkan waktu mereka bermain gajet atau menonton tv. Ketahui tips yang boleh dipraktikkan untuk mengurangkan minat atau kegilaan mereka terhadap tv dan gajet.


  • Libatkan anak-anak dalam aktiviti seharian di rumah. Sebagai contoh, minta mereka membantu anda mengemas rumah, menyapu lantai, atau membantu anda memasak hidangan untuk keluarga. anda juga boleh menyuruh mereka membantu untuk mencuci kereta. 
  • Ajak mereka bermain permainan yang menyeronokkan sama ada di luar atau di dalam rumah. Permainan seperti congkak, teka-teki, mengeja dsbnya pasti menyeronokkan. Permainan seperti badminton, bermain bola juga membantu meningkatkan tahap kesihatan mereka. 
  • Berikan tugas kepada anak-anak di rumah ketika mereka mempunyai masa terluang. Pastikan mereka membuat tugasan yang diberikan. Contohnya, minta mereka menyiapkan aktivti seni kraftangan, atau melukis, mewarna. Aktiviti seumpama ini dapat menyerlahkan daya kreativiti anak-anak anda, disamping menjadikan mereka lebih bertanggungjawab terhadap arahan yang diberi. 
  • Jemput rakan-rakan mereka untuk bermain bersama anak-anak anda di rumah. Ini dapat menggalakkan pergaulan sosial mereka. Bermain dengan rakan-rakan, menendang bola, bermain sorok-sorok dapat membantu mereka membesar dengan kreatif dan berinspirasi.
  • Tanya pada anak-anak apa yang ingin mereka lakukan selain bermain gajet atau menonton tv. Beri mereka beberapa pilihan. anak-anak pasti teruja jika sesekali mereka di bawa ke taman untuk berkelah, beriadah atau bermain layang-layang. 
  • Pastikan anda sebagai ibu bapa memperuntukkan masa yang secukupnya untuk anak-anak di rumah. Lakukan solat berjemaah dan membaca al-quran bersama. Aktiviti ini dapat membantu mengeratkan ikatan dan hubungan sesama ahli keluarga.
  • Ibu bapa juga perlu mengurangkan masa menggunakan gajet di rumah. Layan dan dengari anak2-anak bercerita dan bercakap agar mereka merasa dihargai dan disayangi. Sekiranya ibu bapa perlu melakukan perniagaan secara online, pastikan anda membahagi masa dengan sebaiknya. 
Ok, semoga tips ini sedikit sebanyak dapat membantu anda!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...