Bayi demam, sejukkan badannya.




Demam merupakan gejala yang sering dialami oleh bayi. apabila suhu badan mereka melebihi 37 C, itu menandakan bahawa mereka demam. Bagi anak di bawah usia 6 bulan, suhu badan melebihi 37 C adalah serius. Jika ia mencecah sehingga 40C, boleh menyebabkan sawan, atau kekejangan kepada bayi anda. 

Apa yang anda perlu lakukan?

1). Lapkan anggota badannya. Beri paracetamol.
2). Galakkan anak minum lebih banyak air kosong (bagi bayi 6 bulan ke atas sahaja)
3). Jumpa doktor jika suhu badan naik mendadak dan bayi masih demam.


Langkah demi langkah yang perlu anda buat:

1. Periksa suhu badan menggunakan termometer untuk mengetahui suhu badan bayi anda. Jika lebih 37 C menunjukkan bayi anda demam.
2. Tanggalkan pakaiannya untuk meredakan demamnya. Badannya perlu disejukkan. Udara yang panas atau pakaian yang tebal boleh menyebabkan suhu badan bayi naik mendadak.
3. Gunakan tuala kecil, lap bahagian dahi bayi. Lakukan berulang kali sekitar dahi bayi. 
4. Lap bahagian ketiak. Lakukan pada kedua-dua bahagian kanan dan kiri. Lakukan secara berulang kali. 
5. Basahkan lagi kain tadi. Lapkan pula bahagian badannya. Lakukan berulang kali. 
6. Jangan lupa untuk lap bahagian belakang bayi dan sekitar lehernya dan belakang telinga.
7. Lap bahagian kaki termasuk bahagian betisnya. Lakukan pada kedua-dua bahagian kiri dan kanan. 

PERKARA YANG IBU WAJIB TAHU!!

Jika berlaku serangan sawan semasa bayi di rumah atau dalam perjalanan ke hospital, basahkan badan bayi anda umpama anda memandikannya. Ambil air untuk basahkan seluruh badannya. Jangan biarkan situasi ini berlaku lebih 1 minit. Ketika ini badannya akan mengeras dan anak matanya akan naik ke atasdisebabkan suhu badannya sudah mencecah 40C. Dia akan kembali normal apabila suhu badannya kembali sejuk. Pastikan dia menangis kerana ia tanda bayi anda sudah sedar. 

Segera masukkan ubat yang diberi melalui dubur (jika ada). Segera bawa bayi anda ke hospital untuk rawatan lanjut. Jika situasi ini pernah berlaku kepada anak anda, kemungkinan ia akan berulang jika anda mengabaikan pengambilan ubat secara konsisten walaupun dia sudah berusia 6 tahun. situasi ini mungkin akan berlanjutan sehinggan anak anda berusia 7 tahun. 

Serangan sawan boleh menyebabkan berlakunya kecacatan otak, malah jika dibiarkan terlalu lama serangan sawan boleh mengundang maut. Waspadalah jika anak anda demam.

UBAT DEMAM

beri ubat demam mengikut dos yang disarankan oleh doktor secara konsisten. Pada masa yang sama, sentiasa kawal suhu badannya agar tidak meningkat kepada 40C. Dalam pada itu, ubat demam yang diberi melalui dubur (pastikan ubat ini sentiasa ada dalam simpanan anda untuk kecemasan) boleh diberi sekiranya suhu badannya menghampiri 40C. Segera berjumpa doktor untuk rawatan lanjut. Sentiasa pastikan anda mempunyai termometer di rumah atau dalam beg anda!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...