Teknik Atasi Susu Merudum dengan Power Pumping



Menyusukan anak memang memerlukan kekuatan, kesabaran dan moral support dari org2 sekeliling. Bukan semua orang bertuah dikurniakan rezeki susu yang banyak dan melimpah ruah. Ada yang terpaksa berusaha keras untuk menyusukan anak sebab bekalan susu tidak banyak. Macam saya, selama 8 bulan menyusu anak secara eksklusif, saya korbankan segala-galanya. Korban masa dan waktu rehat saya. Tiada istilah lepak2 dan golek2 depan tv. Saya sgt nekad untuk menyusukan anak sekurang2nya 6 bulan penuh!. alhamdulillah... tercapai jugak walau tak tidur malam sebab sibuk pump susu.

Teknik POWER PUMPING memang diakui keberkesanannya oleh ibu2 yg mengalami masalah kekurangan susu. Saya salah seorang daripadanya. Dan saya akui kdg2 agak penat, tetapi teknik ini banyak membantu. Jom kita berkenalan dengan apa itu POWER PUMPING.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
APA ITU POWER PUMPING???

POWER PUMPING adalah 1 teknik mengepam untuk meningkatkan penghasilan susu ibu dengan  cara mengepam yang biasa tetapi dengan teknik tertentu. Ideanya adalah untuk meniru cara bayi menyusu. 

BAGAIMANAKAH CARA POWER PUMPING?


  • Single pump - pam payudara sebelah kanan selama 10 minit kemudian pam payudara sebelah kiri selama 10 minit, ulangi mengepam payudara sebelah kanan 10 minit dan ulangi berselang-seli antara payudara kanan dan kiri berterusan selama 1 jam. 
  • Double pump - pam kedua2 belah payudara secara serentak selama 10 minit kemudian rehat selama 10 minit dan pam balik 10 minit rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.
BILA MASA YANG SESUAI BUAT POWER PUMPING?

Boleh buat pada bila2 masa tetapi waktu yang terbaik adalah dari tengah malam sehingga subuh kerana hormon yang merangsang susu paling banyak dihasilkan pada waktu ini dan ibu juga kurang "stress" pada waktu ini jadi hormon oksitosin senang disingkirkan. Saya sendiri melakukan teknik ini pada waktu tengah2 malam. Memang berkorban sedikit untuk kebaikan anak kita. Tak rugi pun. 

SIAPA YANG PERLUKAN POWER PUMPING?
  • Ibu yang kekurangan susu - punca kurang susu seperti "menstrual cycle", hormon tidak stabil, emosi terganggu, dll. 
  • Ibu yang menyusukan anak angkat - teknik ini digunakan untuk merangsang penghasilan susu.
  • Ibu yang relaktasi / ingin menyusukan semula anak setelah lama berhenti menyusu.
BAGAIMANA MENYIMPAN HASIL PERAHAN?

Pastikan hasil perahan disimpan dalam suhu yang sama...susu perahan dari 3 kali perahan tersebut mestilah disejukkan dahulu dalam peti sejuk di bahagian bawah...setelah suhu sama barulah campur ketiga-tiga hasil perahan tadi dalam satu botol dan simpan dalam peti sejuk beku.

BERAPA LAMA BARU NAMPAK HASILNYA?

Setiap orang adalah tidak sama. Ada yang beberapa kali buat dah nampak perubahan ketara tapi ada juga yang agak lambat tetapi kebiasaanya dalam masa seminggu memang akan ada perubahan ketara. Jadi ibu2 semua haruslah bersabar dan "keep on pumping"... jangan sesekali putus asa... fikir apa yang anda lakukan adalah untuk kebaikan bayi anda...fikir positif itu penting tapi jangan ingat buat sekali terus dapat susu banyak mencurah2 yer... "No no no"... mungkin pada awalnya anda mungkin mengepam angin semata2 tapi seperti yang dikatakan tadi jangan putus asa, doa dan tawakal.... dan paling penting sentiasa POSITIF. Sentiasa yakin dan percaya bahawa susu anda sememangnya ada dan cukup untuk bayi. 

DAH BUAT POWER PUMPING TAPI SUSU MASIH SEDIKIT?

Tidak dinafikan memang ada ibu yang sudah berusaha tapi penghasilan susu masih sedikit. Kenapa jadi macam ni??? Cuba cek diri anda ....
  • Pemakanan yang tidak seimbang.
  • Pengambilan air yang tidak cukup (minum sekurang2nya 3 liter air sehari)
  • Ibu sentiasa kurang bertenaga, tidak sihat dan sentiasa penat.
  • Pemikiran negatif dan emosi sentiasa tidak stabil.
Credit to: bubblynotes.com
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Jadi apa yang perlu anda lakukan ?

Saya faham anda nak susu yang banyak untuk dijadikan stok setelah mula bekerja, atau stok untuk kecemasan jika anda tidak bekerja. Paling baik dapatkan bantuan luar untuk upkan kuantiti susu ibu. Macam mana? Dengan pengambilan supplemen yang selamat, sihat, baik utk ibu dan juga bayi. Jadi saya menyarankan anda cubalah SET PENYUSUAN SHAKLEE.  Set ini sememangnya TERBUKTI BERKESAN untuk menambah pengeluaran susu ibu. 

set menyusu shaklee


Saya berani katakan ianya berkesan kerana terdapat beratus REAL TESTIMONI dari ibu2 yang menggunakan SET PENYUSUAN SHAKLEE. Anda boleh memilih SET PENYUSUAN yang sesuai dengan busget. Selain susu bertambah, anda juga akan turut mendapat manffat yang lain seperti:

  • Badan cergas & bertenaga walau menyusukan anak
  • Dapat menurunkan berat kerana produk yang diambil mengenyangkan.
  • Kulit cantik, halus, gebu , cerah, dan glowing.
  • Pudarkan parut2 jerawat dan jeragat.
  • Bayi juga akan mendapat kesan positif dari supplemen yg anda amalkan. 

dan banyak lagi manfaat lain yang tidak tersenarai di sini. 

KENAPA PERLU MEMBELI DARI KAMI?

Jika anda membeli dari kami, anda akan mendapat JAMINAN  HARGA TERENDAH berbanding orang lain. Anda juga boleh menyertai kami dengan menjadi ahli untuk mendapat harga terbaik. 

Ada yang kecewa apabila mereka membeli dari orang lain kerana hasil yang mereka dapat tidak seperti yang diharapkan.  Hasil yg mereka dapat TAK SAMA seperti yang pelanggan kami dapat.  Kenapa begitu?

Kerana kami mempunyai PENGALAMANKEMAHIRAN dan KEPAKARAN untuk memberi khidmat nasihat terbaik bagi memastikan anda mendapat hasil seperti yang diidamkan.  Kami mempunyai ilmu tentang teknik-teknik penyusuan dengan betul dan berkesan!

99% pelanggan kami,  sangat berpuas hati dengan teknik-teknik yang kami tunjukkan, dan mereka sangat gembira dengan hasil yang diperoleh.

Jadi, jangan segan-segan untuk menghubungi kami kerana kami bersedia bila-bila masa untuk membantu ibu2 di luar sana yang sangat memerlukan bantuan dan moral support bagi menjayakan penyusuan anak selama 2 tahun. 




INGAT!!! Susu ibu adalah susu terbaik untuk bayi. Laburkan sedikit wang, masa dan tenaga untuk manfaat anak2 anda. 

Love u all the most,








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...