Tips mencari bidan / tukang urut semasa berpantang


set pantang shaklee

Mesti ramai ibu2 dalam delima kan nak cari tukang urut/ bidan semasa berpantang nanti. Diakui, memang agak sukar untuk mendapatkan tukang urut yang betul2 berpengalaman dan dapat membantu ibu2 mengembalikan kesihatan dan kesegaran badan selepas bersalin.

Berikut saya kongsikan 9 tips yang perlu anda tahu sebelum memilih bidan/ tukang urut:

1. Pastikan bidan tersebut dicadangkan oleh kawan-kawan yang pernah menggunakan khidmatnya.
2. Pilih bidan yang mengamalkan kebersihan diri seperti berkuku pendek, membasuh tangan sebelum mengurut dan tidak memakai aksesori yang boleh mengganggu proses urutan.
3. Berpengalaman dan jika boleh mempunyai pendidikan dalam bidang urutan.
4. Pengambilan bidan yang berhampiran kawasan kediaman boleh mengurangkan caj kos pengangkutan.
5. Pastikan pakej yang diambil adalah telus iaitu tiada kos tersembunyi. Apa yang ditawarkan mesti dimasukkan dalam bil.
6. Bagi yang Muslim, digalakkan mengambil bidan/ tukang urut yang beragama Islam untuk memastikan penjagaan aurat.
7. Untuk mengelakkan ditipu, jangan mudah membayar duit deposit pakej yg diambil sebelum pertemuan dilakukan.
8. Jika memilih pakej dari salon, pastikan salon terbabit dikenali dan anda tahu lokasinya.
9. Pastikan tukang urut mementingkan kesihatan ibu iaitu ada serba sedikit ilmu perubatan asas.

Semoga panduan yang dikongsikan ini sedikit sebanyak dapat membantu ibu2 memilih bidan/ tukang urut selepas bersalin.


>>Dapatkan SET MENYUSU atau SET PANTANG / HAMIL dari kami. Dijamin HARGA TERENDAH!<<

Love u all the most,


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...