Showing posts with label tips bisnes. Show all posts
Showing posts with label tips bisnes. Show all posts

Pentingkah peranan mentor dalam perniagaan?


MENTOR YANG HEBAT RAHSIA KAYA & BERJAYA

tips bisnes online

Dalam bisnes kena ada MENTOR. Nak berjaya, kita kena tiru dan buat apa yang mentor kita buat. Copy dan paste. Inilah RAHSIA orang cina berniaga!!!. Dalam apa-apa bisnes pun, memang kena ada mentor. Mentor ni tempat kita belajar, menimba ilmu, mendapatkan nasihat... 

Cara Meningkatkan Trafik ke Blog

Sememangnya bagi seseorang blogger, trafik ke blog adalah sangat-sangat penting. Kalau tiada visitor, apa yang anda promosikan juga tidak berjaya mencapai sasaran. Untuk entri kali ini, saya fokuskan kepada cara meningkatkan trafik secara percuma. Ye, tak semua orang mempunyai modal yang besar untuk memulakan perniagaan.

Seperti saya yang hanya berniaga online part-time. Bisnes online paling mudah untuk saya laksanakan kerana kekangan-kekangan tertentu jika saya berniaga offline. Contohnya masa yang terhad, kerja hakiki saya, keluarga dan sebagainya.  Selain itu, modal yang rendah, tak sampai RM100 pun!. Anda boleh baca entri saya yang lepas kenapa saya memilih bisnes ini.

Strategi Marketing Power Percuma


Bukan bisnes namanya kalau tiada marketing. Bisnes dan marketing ibarat irama dan lagu. Memang tidak boleh dipisahkan sama sekali. Bagai isi dengan kuku... Dosa besar kalau buat bisnes tanpa marketing. He3... boleh jadi bisnes syok sendiri. Ramaiiii orang di luar sana gagal berbisnes sebab gagal membuat dan menguasai teknik-teknik marketing. 

Entri kali ini saya akan kongsikan beberapa strategi marketing yang mungkin boleh membantu anda melariskan jualan. Kalau downline saya, memang saya perturunkan ilmu2 yang saya gali dan cari ini untuk membantu mereka. FOC okeh!. Sebab bagi saya, kejayaan mereka adalah kejayaan saya. Rasa macam seorang guru melihat anak didiknya berjaya, atau perasaan ibu bapa melihat anak2 mereka berjaya. 

Ok, back to the topic. Antara strategi-strategi yang boleh digunakan untuk buat marketing secara percuma ialah:

Teknik Pemasaran Berkesan Menggunakan Facebook

Semua orang ada Facebook. Majoriti !! Jadi, boleh dikatakan facebook merupakan lubuk emas kepada para peniaga. Melalui facebook, pelanggan dapat kenal kita dan produk kita. Facebook juga percuma jika kita nak gunakan untuk tujuan promosi. So, apa kita kita tengok teknik pemasaran di fb degan zero cost!

Setelah kita menetapkan matlamat dan nekad memilih produk untuk dijual, maka kita boleh la mula fokuskan pada pemasaran. Saya beri contoh produk SHAKLEE kerana saya menjual produk ini.

1). Kaji bakal pelanggan anda

Anda perlu tahu secara mendalam mengenai produk yang anda jual. Jadi, anda boleh kenal pasti siapa golongan yang memerlukan produk anda. Mereka ini merupakan bakal pe;anggan yang berpotensi untuk menggembirakan anda! Sebagai contoh, jika anda jual produk menguruskan badan, pastinya pelanggan anda mestilah terdiri daripada mereka-mereka yang ada masalah kegemukan atau obesiti. 

set kurus shaklee
Set Kuruskan Badan


Sebagai penjual, anda mesti tahu maklumat demografi mereka - jantina, umur, lokasi dan juga status hidup mereka. Selain itu, kita perlu tahu tentang impian dan harapan mereka apabila mereka membeli produk kita. Kita juga patut tahu serba sedikit tentang permasalahan, kekangan mereka untuk menurunkan berat badan.


Asas Memulakan Perniagaan Internet

Semuaaaa orang... yang ada internet dan komputer, mesti teringin untuk mulakan perniagaan, part-time pastinya untuk jana side income. Ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian untuk memulakan perniagaan online ini.

1). PRODUK

Dalam perniagaan tak kira online atau offline, pemilihan produk yang BAGUS dan BERKUALITI sangat penting. Terpulan pada kita nak jual apa, produk sendiri atau pun produk orang lain. Nak produk digital boleh, produk fizikal pun ok.



Macam saya, saya pilih supplemen dari SHAKLEE, kerana produknya ternyata berkualiti, banyak testimoni-testimoni menrarik untuk dikongsi dengan pelanggan yang berpotensi. Jadi, lebih mudah untuk dipasarkan  kerana telah diketahui ramai. Selain itu, saya tak perlukan modal yang besar untuk memulakan perniagaan, dan semuanya boleh dilakukan di hujung jari sahaja. Jadi, tepuk dada tanya selera dan poket anda!

Kenapa Shaklee?

Ramai jugak yang bertanya, kata mereka, "bisnes ni dah tepu. Terlalu ramai"... saya hanya mampu sengih. Kadang-kadang kita tak nampak, peluang kecil depan mata... akan menjana peluang lumayan. Yang penting kena SABAR, ISTIQAMAH, USAHA dan DOA.

Berbalik pada topik, saya seorg guru.. ibu kepada 2 anak lelaki yang lasak. Jujurnya, saya tak banyak waktu pun untuk buat bisnes. Hidup memang busy. Tapi, saya suka bisnes. Ye la, betul la kata korang, banyak lagi bines lain kan?

Kenapa SHAKLEE?? Ok, jom kita baca

1).100% online
Saya hanya order barang online, bayar pun online. Delivery?? Shaklee uruskan semua dari A to Z. Hari ni order, esok dah sampai pada customer. itu yang saya suuuuka sangat. Dengan 2 anak, dan tak boleh ke sana sini sesuka hati, bisnes ni menjadi pilihan saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...