Bukan bisnes namanya kalau tiada marketing. Bisnes dan marketing ibarat irama dan lagu. Memang tidak boleh dipisahkan sama sekali. Bagai isi dengan kuku... Dosa besar kalau buat bisnes tanpa marketing. He3... boleh jadi bisnes syok sendiri. Ramaiiii orang di luar sana gagal berbisnes sebab gagal membuat dan menguasai teknik-teknik marketing.
Entri kali ini saya akan kongsikan beberapa strategi marketing yang mungkin boleh membantu anda melariskan jualan. Kalau downline saya, memang saya perturunkan ilmu2 yang saya gali dan cari ini untuk membantu mereka. FOC okeh!. Sebab bagi saya, kejayaan mereka adalah kejayaan saya. Rasa macam seorang guru melihat anak didiknya berjaya, atau perasaan ibu bapa melihat anak2 mereka berjaya.
Ok, back to the topic. Antara strategi-strategi yang boleh digunakan untuk buat marketing secara percuma ialah:
#Strategi 1: Kenalpasti potential customer
SANGAT PENTING! Elakkan pemasaran peluru tabur. Takde fokus atau target customer. Kenal pasti umur, jantina dan latar belakang potential customer kita.
#Strategi 2: Kaji masalah potential customer
Mereka yang sentiasa stress boleh amalkan B-Complex |
Jadikan masalah potential customer sebagai senjata untuk kita membuat jualan. Sebagai contoh, ramai wanita mengalami masalah berat badan. Jadi, kita cari peluang dengan berkongsi SET KURUSKAN BADAN kepada potential customer kita. Atau untuk ibu-ibu yang menyusukan anak, sekiranya mereka menghadapi masalah susu tak cukup, jadi kita kongsikan SET MENYUSU kepada mereka.
#Strategi 3: Edar risalah
Gunakan ayat sentap/ power untuk menarik perhatian pelanggan. jika boleh risalah itu biarlah menarik supaya pelanggan simpan untuk rujukan.
#Strategi 4: Kuasa testimonial
Contoh testimoni set kurus Shaklee |
Semakin banyak testimoni, semakin banyak sales yang boleh dibuat. Kita boleh kongsikan testimoni di laman2 blog dan juga laman2 sosial.
#Strategi 5: Poskad & Kalender
Edarkan kepada pelanggan pada masa2 tertentu seperti musim perayaan, anniversary, dapat baby etc. Selitkan mesej pemasaran produk kita ke dalam kedua2 nya.
#Strategi 6: Anjurkan pertandingan
Anjurkan pertandingan yang menawarkan hadiah menarik. Beri arahan kepada yang boleh menguntungkan kedua-dua pihak.
#Strategi 7: Kongsi Inspirasi diri
Gunakan sepenuhnya ruangan media untuk berkongsi kisah kita, supaya ia secara tidak langsung dapat memperkenalkan bisnes kita,
#Strategi 8: Sistem Rangkaian
Jika ada sebarang acara atau majlis, usahakan untuk hadir dan perkenalkan bisnes kita.
Mudah je kan? Jadi, pada yang berbisnes boleh lah mula mengaplikasikan apa yang disampaikan ini untuk melariskan jualan anda. Nak belajar untuk tambah income, hubungi saya. Free consultation tauuu!
Salam sayang,