Asas Memulakan Perniagaan Internet

Semuaaaa orang... yang ada internet dan komputer, mesti teringin untuk mulakan perniagaan, part-time pastinya untuk jana side income. Ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian untuk memulakan perniagaan online ini.

1). PRODUK

Dalam perniagaan tak kira online atau offline, pemilihan produk yang BAGUS dan BERKUALITI sangat penting. Terpulan pada kita nak jual apa, produk sendiri atau pun produk orang lain. Nak produk digital boleh, produk fizikal pun ok.



Macam saya, saya pilih supplemen dari SHAKLEE, kerana produknya ternyata berkualiti, banyak testimoni-testimoni menrarik untuk dikongsi dengan pelanggan yang berpotensi. Jadi, lebih mudah untuk dipasarkan  kerana telah diketahui ramai. Selain itu, saya tak perlukan modal yang besar untuk memulakan perniagaan, dan semuanya boleh dilakukan di hujung jari sahaja. Jadi, tepuk dada tanya selera dan poket anda!



2). PLATFORM
Platform merujuk kepada saluran mana yang kita hendak gunakan untuk memasarkan produk kita. Produk yang hebat, tetapi kalau tidak di pasarkan pun tak guna. Era teknologi sekarang, banyak pilihan yang kita ada. Platform ini diperlukan bagi membolehkan pengguna tahu apa yang kita jual, boleh bertanya soalan , melakukan pembelian dan sebagainya.

Banyak sale dari facebook


Banyak platform yang ada secara percuma untuk dimanfaatkan seperti blog, wordpress, media-media sosial seperti facebook, instagram, twitter dan banyak lagi. Kalau ada bajet lebih, mungkin kita boleh mempertimbangkan untuk menggunakan website atau iklan berbayar seperti facebook ad. Tiada jalan pintas untuk berjaya. Sebarkan produk dengan cara yang betul bagi memastikan lebih ramai pelanggan tahu mengenai kita dan produk kita.

3). PEMASARAN


manfaat ESP
Contoh image yang telah di edit

Untuk Pemasaran melalui internet pula anda perlu menyediakan bahan pemasaran yang lengkap kepada pelangan atau bakal pelangan anda seperti gambar,video, testimoni dari pelanggan yang telah menggunakan produk, penerangan produk dan banyak lagi.

Sentiasa share manfaat produk anda dan niatkan juga dalam diri anda bahawa anda mahu meyelesaikan masalah orang lain dan bukan memikirkan keuntungan semata mata saja.Betulkan niat kita dan jangan tamak dalam berniaga. Insya Allah!,semoga perniagaan internet yang anda lakukan secara online bakal memperolehi kejayaan yang besar..


INGAT!!. Dosa besar dalam perniagaan ialah apabila TIADA HEBAHANNYA!!!

Mulakan langkah anda hari ini. Kerana setahun dari sekarang anda akan menyesal kerana tidak mulakan hari ini!

Semoga berjaya....Jumpa lagi! 






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...