Saya rasa semua sedia maklum, dan tahu tentang bahaya atau kesan sampingan akibat pengambilan pain killer yang terlalu banyak. Jom ikuti kisah di bawah:
Petang tadi bersama Cikgu Mai ke Hospital Tuanku Jaafar di Seremban. Menziarah seorang rakan guru - teacher Hafidah yang dirawat di hospital berkenaan sejak hari Ahad yang lalu. Beliau dimasukkan ke wad setelah hampir sepuluh hari mengalami demam panas yang tinggi.
-
Doktor telah melakukan beberapa ujian darah, dan pagi tadi doktor telah mengesahkan bahawa beliau mendapat hyper tyroid, penyakit yang ada kena mengena dengan hormon dan juga ada masalah kerosakan hati.
