Kisah bahayanya ubat tahan sakit atau painkiller


bahaya ubat tahan sakit


Saya rasa semua sedia maklum, dan tahu tentang bahaya atau kesan sampingan akibat pengambilan pain killer yang terlalu banyak. Jom ikuti kisah di bawah:


Petang tadi bersama Cikgu Mai ke Hospital Tuanku Jaafar di Seremban. Menziarah seorang rakan guru - teacher Hafidah yang dirawat di hospital berkenaan sejak hari Ahad yang lalu. Beliau dimasukkan ke wad setelah hampir sepuluh hari mengalami demam panas yang tinggi.
-
Doktor telah melakukan beberapa ujian darah, dan pagi tadi doktor telah mengesahkan bahawa beliau mendapat hyper tyroid, penyakit yang ada kena mengena dengan hormon dan juga ada masalah kerosakan hati.


Kata beliau juga, berdasarkan penjelasan doktor penyakit ini adalah kesan daripada pengambilan ubatan pain killer yang diamalkan semasa beliau masih belajar dulu. Semasa belajar dulu beliau menghidap migrain yang teruk dan pain killer adalah penyelesaian masalah migrain nya pada ketika itu.. Kata doktor inilah antara penyakit kesan pengambilan ubat tersebut.

Menurut Hafidah beliau banyak makan ubat tersebut semasa masih belajar dahulu, tetapi tidak berapa mengamalkannya lagi sekarang ini, namun kata doktor ubat tersebut memakan masa bertahun juga sebelum menunjukkan kesan sampingannya.  Kesan kerosakan hatinya juga doktor melarang keras beliau memakan sebarang ubat penahan sakit, malah panadol dan ponstan juga tidak dibenarkan sama sekali.

Ubat penahan sakit yang segera menyembuhkan atau menghilangkan sakit tetapi mempunyai kesan sampingan yang amat besar dalam jangkamasa yang panjang. Ada juga rakan yang mengalami masalah hempedu juga kerana pengambilan pain killer  yang diamalkannya...

Kita seharusnya mendapat khidmat nasihat pakar sebelum mengamalkan pengambilan sebarang ubatan.
Semoga Allah mempermudahkan urusan pengubatannya dan semoga beliau cepat sembuh juga. 


Sumber: http://impianaintan.blogspot.com/2010/08/ubat-tahan-sakit.html

Nampakkan? Kesannya. Ye saya tahu, ramai yang terpaksa ambil painkiller sebab tak tahan menanggung sakit. Tapi, ada baiknya jika kita mencari rawatan alternatif untuk membantu mengurangkan kesakitan tersebut. Amalkan pengambilan supplemen yang terbukti baik untuk tubuh  dan tidak mengandungi sebarang dadah, atau bahan kimia berbahaya seperti Shaklee. 

Kes di atas merupakan satu kes dari beribu-ribu lagi kes lain yang berlaku. Panadol juga merupakan sejenis painkiller. Dan saya sama sekali tidak menafikan bahawa ada juga yang addict painkiller. Sakit or demam sikit, terus cari painkiller. Bila terlalu bergantung dengan painkiller, banyak kesan buruk dari yang baik. 

coqhealth plus

Seperti kes di atas, pesakit migraine boleh memilih untuk mencuba supplemen yang lebih selamat. Contohnya seperti CoQHealth PLUS atau SET MIGRAINE untuk mengatasi masalah yang dihidapi. Itu jauhhh lebih baik dari mengambil risiko mengamalkan painkiller sebagai jalan mudah untuk mengurangkan rasa sakit. 

CoQHealth Plus ini bukan sahaja sangat bagus untuk kesihatan jantung , malahan elemen CoQ10 di dalamnya dapat membantu mengurangkan sakit kepala atau migraine (rujuk http://drzubaidi.com/blog/coq10-sebagai-usaha-mencegah-migraine/). Jadi, anda akan dapat banyak benefit lain secara tidak langsung. Berbaloi kan??

Dannn... yang lebih sadis lagi, ramai juga yang memilih pain killer kerana harganya murah. Ingat, duit boleh dicari. Tapi nyawa tidak boleh di tukar ganti. Jangan sayang duit untuk kesihatan. Ramai yang sanggup berhabis duit, bayar bil astro yg beratus-ratus ringgit sebulan. Malangnya tak ramai yang sanggup melabur untuk manfaat kesihatan jangka panjang. Apa kata kita semua sama-sama mengubah persepsi kita tentang kesihatan. 







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...