Supplemen Shaklee tak berkesan??

Kadang-kadang bila keluar ke mana-mana jumpa kawan2 ke, ada la sesetengah tu consumer Shaklee merungut2 . Contoh:

"huh...aku makan SET KURUS Shaklee tak jadi apa-apa pun. Tak turun-turun pun berat aku... makin naik lagi ada!!". 

Ada pulak yang kata, " Baik ko makan produk XXX ni, Shaklee memang tak bagus pun. Aku dulu dah pernah makan. Migrain aku tak hilang pun!"

Seriously, aku teringin je nak menyampuk bila dengar suara-suara mcm ni. Tapi, kadang-kadang termenyampuk jugak la. Hi3..... Ok, cik kak, cik adik, tuan puan semua... meh kita baca sebab apa supplemen yang kita makan takde pape efek. Jangan gelabah dulu ye. Kita kaji kenapa, sebab tu kalau SID yang bertanggungjawab dia akan soal siasat customer macam polis pencen bila customer komplen....

So, nak kempen sikit.... pilih la SID macam saya!!!!. ekekeke...

Jom back to our topic. Betul ke tak berkesan? Kita baca yuk!!!



1. Kurang minum air putih


Bila anda consume supplemen tak kisah la apa brand sekali pun, wajib minum air putih secukupnya. Paling cantik 3-5 liter 1 hari. Sebab kita nak elakkan buah pinggang bekerja keras utk proses supplemen yg kita ambik kalau tak cukup air. Kereta kalau takde air pun tak boleh kan? Suhu dia mesti naik... boleh terbakar enjin. Sama la mcm manusia. Dalam badan kita banyak enjin... kalau tak cukup air mcm mana nak bekerja memproses segala makanan supplemen yg masuk dalam badan? Cer citer!!!


Nak tahu khasiat minum air putih? KLIK SINI.

2. Makan tak ikut jadual

Contoh jadual pemakanan eksklusif untuk customer saya :-))
Saya berani cakap, golongan ni memang laaaaa terlalu ramai. Tapi kadang-kadang tak mengaku. Disalahkan pulak produk... hasihhh... meh saya babap sikit. Makan ikut mana sempat. Ingt makan, tak ingt tak makan. Wahal SID dah bg jadual tu... suruh ikut waktu yg ditetapkan. Kalau anda makan ubat, kan ke ada jadual. Kalau skip2 dan ikut suka je, apa jadi? Haaa... sila jawab sendiri ye. Tolong ye kakak adik abang semua, kalau rasa nak kesan yg baik dan tak nak buang duit gitu je, makan la ikut jadual yg dah ditetapkan. Jangan culas.. haipppp!!!


3. Kafein


Yg ni lagi satu masalah besar. SID mesti pesan kan, jarakkan pengambilan supplemen dengan kafein at least 4 jam... paling baik tak payah ambik langsung. Sebab apa? Pandaiiii.... kafein akan mengganggu penyerapan nutrisi ke dalam tubuh. Sayangnyaaaa beli supplemen bagai nak rak, pastu takde pekdah kat badan. Buat gapo lagu tu....


4. Konsisten/Istiqamah


Sabar la cik adik oiii bila consume supplemen. Jgn la dok harap makan hari ni minggu depan dah mabeles. Memang tak laaaaa!!!... huhi... Gini la, Shaklee ni semua org tau dia always natural... maksudnya tiada bahan kimia berbahaya dalam semua produknya. Bila kita pilih produk natural, tindak balasnya jugak natural, means ambik masa la nak nampak kesan. Tak gitu?


Haaa... kalau rasa tak sayang nyawa boleh la ambik supplemen yg tak tau asal usul yang berlambak-lambak di luar sana tu. Makan hari ni, esok lusa dah kebabom... hasil mantop la sangat. Lepas sebulan, muka yg halus mulus putih licin macam white board dah jadi mcm permukaan bulan... kulit dah merekah2 merah nipis... buah pinggang rosak... nak ke? nak ke? kalau rasa nak try test cuba la... anda buat anda dapat... keh3....

Set terlajak laris dan meletops!!! Order cepat ... 

Saya sendiri consume SET KULIT CANTIK kombinasi VITAMIN C + VITAMIN E, 3-4 bulan baru nampak hasil tau!! Tapi ada gak org lain yg lebih cepat. nak-nak kalau ambik ESP, yg ni cepat lah sikit... tu pun ikut badan masing-masing. jadi, kesimpulannya nak cantik & sihat cara selamat, silalah BERSABAR!!! teruskan makan walau belum nampak efek yg zaaaassss drastik...

5. Badan terlalu banyak toksik
Set Detox Lengkap
Kalau dah hidup berpuluh-puluh tahun, sure usus  dan badan dah berkereak-kerak dengan toksik... so bila ambik supplemen dah tak boleh diserap sepenuhnya oleh tubuh. Camno nak buek? DETOX la dulu dengan SET DETOX SHAKLEE!! Habis-habis malas boleh ambik ALFALFA je pun dah bagus. Kasi clear semua toksik dalam badan, baru nutrisi senang diserap. Baru efek supplemen tadi jadi mabeles!!!

6. Cara makan salah.
Set kurus. budget. Nak yg premium set pun ada

Yang ni sebab tak ikut nasihat SID. Dah dia bagi advice jadual makan sila la ikut. Contoh, cam ambik SET KURUS terdiri dari LECITHIN + HERBLAX... dah sebulan mula la komplen berat tak turun-turun. Ada cara camne nak makan supplemen untuk turunkan berat tau... berapa biji kena ambik dan bila... pastu jangan la dok harap pada supplemen semata-mata. tak jadi laaa... bila nak kurus, kena la ikut rules wajib. MESTI diet & bersenam.

Haaa.. bila saya cakap gitu, mula la nak komplen, kalau gitu lebih baik tak payah makan supplemen! Ok, saya nak tanya. Kalau la dalam sebuah balang, bahagian atas kita masukkan air, bahagian bawah kita buang air tu... agak2 la... bila balang tu nak kosong? Memang takkan kosong laaa... dah buang lemak, top up lemak lagi... buang lemak sekilo, hangpa pi tambah 2kg... boleh kurus ka? Fungsi supplemen membantu proses menurunkan berat tu saja.. tolong supaya lemak2 tu cepat-cepat terbako... 

Contoh lain, ada sesetengah supplemen tak boleh combine dgn supplemen yg lain. Contoh: VITALEA tak boleh consume dengan OSTEMATRIX atau kalsium... maksudnya tak boleh minum susu jugak time tu. kena jarakkan pengambilan. Sebab dalam VITALEA ada iron. Kalsium akan halang penyerapan iron dalam badan. Rugi la weiii...

Again, cari la SID yang bertanggungjawab dan berilmu. Kang tak pasal2 tersalah makan pulak. Hapo pun tak dapek...

7. Jangan ambik supplemen dan ubat serentak.


Pening badan nak proses dan nak serap... mana ubat mana supplemen. Celaru dibuatnya... sebaiknya selang 2-3 jam selepas makan ubat, baru ambik supplemen ye. 

Lastly, nak tekankan lagi sekali,

PILIHLAH SID YANG BERILMU DAN BERTANGGUNGJAWAB. 

Sepatutnya seorang SID akan:

MEMBIMBING anda untuk memilih supplemen yang sesuai dengan keadaan anda.
MEMBERI TIPS dan JADUAL PEMAKANAN yang betul kepada anda.
membuat FOLLOW UP untuk mengetahui keadaan anda.

Hi3.. panjangnya saya dok pot pet... bebel tanda sayang... sharing is caring....jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi saya. Saya AKAN MEMBANTU sehabis baik. In Sha Allah... 

Jumpa lagi. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...