Kenapa saya memilih Shaklee Part 1

Hari ni post saya pasal motivasi... memberi inspirasi kepada mereka-mereka yang masih teragak2 nak mulakan bisnes apa, macam mana, dan mereka-mereka yang modal sedikit atau tiada modal langsung. Tapi, sebelum anda mula membaca, lapangkan fikiran terlebih dahulu, put aside all the negatives thinking. Sebab kalau anda membaca dengan minda yang negatif, hasil dan outputnya akan negatif. 



Saya dulu pernah join macam2 bisnes networking. Yang baru, yang lama... bukan setakat bisnes networking sahaja, bisnes2 lain pun saya buat. Saya pernah join zhulian, revell, buka kedai roti, jual brg di Ebay, beli barang direct dari China dan start menjual, ambik tempahan kek, kuih2 talam... macam2 kan... banyak kan? tapi semua tu memberi 1001 pengalaman yang tidak ternilai buat diri saya. pengalaman yang tidak boleh di jual beli. 

Bagaimana saya terjebak dengan Shaklee?


Dengar nama Shaklee, ia bukanlah sesuatu yang baru dalam hidup saya. Bahkan telah pun masuk dalam kelaurga saya sejak 10 tahun yg lalu. Boleh dikatakan ahli keluarga saya majoriti consume Shaklee. Tapi waktu tu belum ada fb, belum ada teknologi yang hebat seperti sekarang. So, saya memang dah sedia maklum tentang keberkesanan produk Shaklee sejak dulu. Cuma hati masih belum terbuka untuk join. 

Sampailah pada satu hari, saya betul2 terasa teringin nak buat bisnes lain, memandangkan saya dah penat buat bisnes production. Ye, bisnes makanan memang sgt menguntungkan. Tapi, sangat meletihkan sebab saya hanya buat part-time. Bila ada order, mula tak tidur malam. Terkejar-kejar nak pergi beli bahan, balik rumah dgn anak2 lagi, urusan rumah tangga lagi, suami lagi. Pendek kata, tak terdaya saya nak buat. Dah siap memasak, nak mengemas lagi. Allah... penatnya saya waktu tu. 

Ada satu malam tu, entah macam mana bila ada kawan fb asyik posting pasal Shaklee, sampai dia dah generate 5 angka dgn shaklee, sampai boleh resign kerjaya tetapnya sebagai pendidik, waktu tu hati memang tak keruan. Rasa cemburu ada, semangat berkobar-kobar nak try. Terus saya pm sahabat saya ni. Saya mintak petunjuk dari Allah, sampai mlm tu tak boleh tidur lena. Terlalu banyak fikir... tapi hati memang kuat nak pilih Shaklee. 

After few days, saya confirm join Shaklee. Sbg user dan juga for bisnes. Alhamdulillah, saya memang tak salah pilih. Shaklee menawarkan SISTEM perniagaan yang sangat bagus. Banyak bonus yang ditawarkan merangkumi komisyen jualan dari 5% sehingga 21%, bonus kereta yg dibayar dalam bentuk tunai!!! dan konvensyen berupa pelancongan bertaraf mewah di dalam dan luar negara. Wowww!!! memang tawaran terhebat. Yg saya suka bonus kereta dalam bentuk wang. Jadinya terpulang sama ada kita memang nak tukar kereta atau nak simpan saja duit tersebut. Menarik!

Kata sifu-sifu dalam perniagaan, bila nak pilih sesuatu jenis bisnes, 2 benda utama kena tengok iaitu yang pertama, SISTEM,,, dan yang kedua ialah MENTOR. Tugas sebagai SID ialah copy paste apa yang mentor kita buat. Dengar kata, jangan melawan... In Sha Allah kita boleh melangkah jauh. Mentor-mentor dalam Shaklee yang berjaya rata-rata memang bukan diam dan goyang kaki, pastu duit masyuk ye. Mentor kena bekerja keras untuk bantu menaikkan anak2 di bawahnya sebab kalau anak-anak di bawah tidak sukses, dia juga tak akan sukses. Adil kan? 

Penggunaan Set Kulit Cantik
Saya suka shaklee lagi kerana ianya bisnes 100% online dan modalnya rendah. Dan produknya memang hebat! Jarang produk shaklee mengecewakan sekiranya pengguna menggunakan produk tersebut seperti yang disarankan oleh SID. Produk yang berkualiti, tak perlu susah-susah buat marketing utk perkenal produk. 

Kita menjual, tapi bukan seolah-olah menjual. Customer pun tak rasa seperti dipaksa membeli. Lagi satu, mereka-mereka yang join Shaklee sama sekali TIDAK akan dipaksa melaburkan modal yang besar. Tak perlu buat loan bank, tak perlu berhutang sana sini untuk cari modal. Cukup dengan pendaftaran RM75 seumur hidup. Tak perlu runsing2 nak kena renew membership pun. Mana ada bisnes lain yang menawarkan modal sebegitu rendah, tetapi pulangannya sungguh hebat!. 

Kalau anda masih teragak-agak untuk menerokai bisnes ini, sememangnya anda sangat2 rugi. Perniagaan tanpa risiko! Peluang di dedpan mata, jadi kita rebut dan manfaatkan ia dengan sebaiknya. 

Jika ada di antara anda yang BERMINAT untuk menyertai kami, jangan segan silu untuk menghubungi saya. 

Anda boleh pm saya or whatsapp 019 3816753. Kami ada support group yg sentiasa menyokong anda, guide anda FROM ZERO TO HERO... 
Pilih group yang betul-betul komited untuk membantu anda. Sangat penting agar anda tidak terkapai2 dan lemas sendirian.

Till then, jumpa lagi!

YOU DECIDE, I GUIDE! 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...