Showing posts with label Garlic. Show all posts
Showing posts with label Garlic. Show all posts

Garlic sebagai antibodi tubuh yang selamat

Rasanya semua orang tahu tentang kelebihan garlic atau bawang putih. Yaa... bawang putih sangat bagus untuk meningkatkan antibodi dalam badan kita. Jadi, kita boleh consume bawang putih untuk diletakkan dalam masakan. Sedap dan berkhasiat. Kebaikan bawang putih memang terbukti berkesan. Justeru, Shaklee juga turut menggunakan garlic bermutu tinggi dan menghasilkan pil GARLIC. 

Istimewanya Garlic Shaklee kerana ia dihasilkan daripada bawang putih premium yang di tanam secara organik di California, USA pada musim panas, dan ianya bebas racun perosak. Pembuatan supplement Garlic Complex dilakukan secara terkawal iaitu pada suhu bilik tanpa haba semata-mata untuk mengekalkan pengaktifan Allicin pada tahap 100%. (tidak semua garlic yang dijual dipasaran mempunyai Allicin aktif. Allicin merupakan sebatian organosulfur yang terkandung dalam bawang putih yang mempunyai kelebihan sebagai antibakteria dan anti kulat, dan mempunyai sifat penyembuh.
garlic shaklee

Kenapa perlu allicin aktif dalam garlic?

Singkir toksin dari tubuh

"KepadaMu aku memohon agar perkongsian ini memberi seribu kebaikan buat  diriku dan juga yang lain. Aminnn"

Jika anda mengalami pelbagai masalah kesihatan seperti cepat berasa penat, sakit kepala, jerawat, sembelit, berat badan berlebihan, insomnia, haid tidak teratur termasuk mulut berbau dan masalah kulit, kesemua itu merupakan tanda-tanda bahawa tubuh anda telah diracuni toksin berlebihan.

Agak mustahil bagi seorang manusia untuk bebas daripada toksin kerana toksin ada di mana-mana sahaja seperti di dalam udara, makanan, minuman serta berpunca daripada ubat-ubatan, dehidrasi, merokok, pengambilan minuman keras dan pemakanan yang tidak seimbang.




Biasanya toksin disingkirkan secara semula jadi melalui proses pencernaan iaitu pembuangan air kecil atau air besar. Namun begitu, jika proses pencernaan ini tidak berjalan dengan lancar, ia akan menyebabkan sisa toksin terperangkap di dalam tubuh.

Justeru, proses membuang toksin atau lebih dikenali dengan detoksifikasi secara semula jadi amat penting untuk meneutralkan, mengubah atau menghapuskan toksin. Proses ini berkait rapat dengan sistem pencernaan dan hati manusia.

Berikutan itu, kedua-dua organ tersebut perlu diberi perhatian khusus kerana ia merupakan organ yang terlibat dalam proses menyingkirkan sisa toksin daripada tubuh. 

Antara langkah yang boleh diikuti bagi menyingkirkan toksin secara semula jadi adalah dengan:

* Berpuasa: Puasa dapat merehatkan tubuh terutama sistem perut daripada bekerja secara berlebihan dan secara tidak langsung dapat membantu proses detoksifikasi.
* Hati: Sisa toksin yang tidak dapat disingkirkan akan berkumpul di dalam hati. Jadi, hati perlu dirangsang semula dengan mengurangkan pengambilan gula, garam, alkohol, kafein, makanan proses dan sebagainya.
* Sistem penghadaman: Bagi melancarkan sistem penghadaman, makanan yang tinggi serat seperti buah-buahan serta sayuran segar perlu diambil dan jangan lupa minum air masak secukupnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...