Cara menguruskan EBM dengan betul

Jom ketahui cara yang terbaik utk menguruskan EBM

* EBM - Expressed Breast Milk

1- Setelah anda mengepam susu anda, pastikan anda jangan lupa untuk melabel (nama bayi anda, masa dan tarikh).
- Prinsip yang perlu diingat "FIFO" - First-In-First-Out. EBM yang dimasukkan akan digunakan terlebih dahulu

2- Jangan isi botol susu anda sehingga penuh. Pastikan anda memberikan sedikit ruang kerana cecair akan mengembang ketika beku.

3- Susu boleh dibiarkan di luar pada suhu bilik sehingga 4 jam.
- Peti ais bawah (bagi 2 pintu) sehingga 3 hari (mengikut suhu peti sejuk tersebut). Dan pastikan anda menyimpannya di ruang paling belakang ya.
- Peti ais atas - sejuk beku (bagi 2 pintu) sehingga 3 bulan.
- Deep freezer sehingga 6 bulan.

4- Sekiranya anda mahu menyediakan susu buat si manja anda, anda boleh merendam dengan air suam (bukan dengan air panas).
- Sifirnya senang sahaja: 2 cawan air panas + 1 cawan air paip
- Sekiranya EBM beku, anda boleh cairkan terlebih dahulu di peti ais bawah semalaman ataupun anda boleh lalukan di bawah air paip yang mengalir.

5- Setelah EBM disuamkan, anda perlu menggoyangkan botol secara perlahan-lahan untuk sebatikan lapisan lemak EBM (dan bukan menggoncang dengan kuat) kerana ia boleh memusnahkan rantaian nutrien yang ada di dalamnya.

6- Periksa suhu EBM sebelum diberikan kepada bayi.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...