10 kriteria pemilihan hospital bersalin


set menyusu shaklee

Sebagai ibu atau bakal2 ibu, nak pilih hospital bukan satu perkara yg mudah. Banyak faktor perlu diteliti dan dikaji. Pelbagai aspek dan kriteria harus dilihat sebelum memutuskan untuk memilih sesebuah hospital sebagai tempat bersalin bayi yang dikandung.

Ikuti 10 kriteria pemilihan hospital bersalin sebagai panduan ibu2 yang masih buntu untuk membuat keputusan.

1). Sejarah kesihatan
Sebelum mebuat keputusan memilih mana2 hospital untuk bersalin, pastikan anda mempunyai latar belakang kesihatan yang bersih dan tidak mempunyai penyakit kronik. Sekiranya anda termasuk dalam golongan yang berisiko, anda WAJIB memilih hospital yg mempunyai peralatan dan kepakaran yang lengkap agar tiadak timbul sebrg masalah semasa proses kelahiran kelak.


2). Kemudahan
Kemudahan yang perlu diberi perhatian ialah wad bersalin, bilik bayi, bilik ICU untuk ibu, bilik NICU untuk bayi, dan peralatan perubatan untuk menghadapi saat kecemasan. Pastikan semuanya lengkap dan mencukupi.

Anda perlu tahu sama ada terdapat kemudahan rawatan dan alat sokongan lengkap jika bayi lahir pramatang atau lemas semasa bersalin. Sama juga dengan bank darah dan doktor bius yang sentiasa bersedia sepanjang masa.

Bagi kehamilan berisiko, anda harus mengambilkira komplikasi untuk diri sendiri dan juga bayi. Pilihan terbaik ialah hospital kerajaan kerana ia mempunyai kemudahan dan kepakaran yang lengkap untuk menghadapi kehamilan berisiko tinggi.

3). Bajet
Pilih hospital yang sesuai dengan peruntukan anda. Jika anda mempunyai wang tanpa had, tiada salahnya anda pilih hospital swasta yang diketahui memangmahal kosnya. Namun, anda perlu mendapatkan maklumat lengkap tentang pakej yg ditawarkan. Teliti sama ada terdapat kos tersembunyi atau tidak. Ini kerana, jika berlaku komplikasi, pasti akan ada caj tambahan. Adalah menjadi hak anda untuk bertanya.


4). Lokasi

Sebaiknya, pilih hospital yang berdekatan dengan kediaman anda, kerana anda tidak tahu kecemasan boleh berlaku bila2 masa sahaja. Jika berlaku komplikasi seperti pendarahan, anda boleh sampai ke hospital untuk pemeriksaan dengan segera. Pastikan juga lokasi hospital tidak terletak di kawasann yang terkenal dengan kesesakan lalulintas. Jangan memilih hospital yg jauh hanya kerana pakej yg ditawarkan menarik.


5). Kepakaran doktor

Keputusan memilih doktor pakar terletak di tangan anda. Anda perlu tahu di hospital berkenaan mempunyai doktor yg betul2 pakar atau sebaliknya. Ini kerana, doktor pakar mampu mengendalikan proses kelahiran dengan baik walau pun bayi yg dikandung bermasalah.

Dapatkan pandangan dari org sekeliling yang pernah bersalin di tempat sama tentang doktor yang hendak dipilih. Pesakit yang berpuas hati biasanya merupakan ejen yang sangat berpengaruh.

6). Kakitangan terlatih
Pastikan jururawat atau pembantu doktor di hospital adalah terlatih dan mempunyai sijil kerana mereka dapat melakukan sesuatu jika berlaku kecemasan semasa ketiadaan doktor.

7). Keselesaan
anda perlu berasa selesa dengan apa saja yang ditawarkan oleh hospital berkenaan. Salah satunya ialah mendapatkan khidmat doktor pakar yang dapat memberi keselesaan ketika anda berkomunikasi dengannya sepanjang menjalani rutin pemeriksaan.

Selain itu, tanya diri adakah anda selesa dengan jika doktor lelaki yang menyambut kelahiran anak anda. Jika tidak, mohonlah budi bicara dan pertimbangan pihak berkenaan untuk mendapatkan khidmat doktor perempuan.

8). Prosedur
Perlu diketahui sama ada hospital pilihan membenarkan suami atau ibu menemani anda di bilik bersalin. Memandangkan amat penting untuk suami atau ibu berada di samping anda semasa proses bersalin, jadi pilihlah hospital yang membenarkan keberadaan salah seorang daripada mereka di sana.

9). Kelas antenatal
Hadiri kelas antenatal bersama suami di hospital bersalin pilihan kerana anda akan lebih jelas tentang hala tuju yg bakal dilalui sepanjang proses bersalin. Selain itu kelas ini dapat mendedahklan anda dan suami tentang maklumat berguna sebelum menimang cahaya mata.

10). Hospital rakan bayi
HRB adalah hospital yang menyokong dan menyediakan persekitaran yang sesuai untuk penyusuan susu ibu.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
>> Dapatkan SET MENYUSU atau SET PANTANG / HAMIL dari kami. Dijamin HARGA TERENDAH! Kami PAKAR untuk membantu anda mendapat hasil terbaik!<< 




Salam ceria... jumpa lagi di entri seterusnya.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...