Stress nyaaaa... tumit kakiku pecah...

Buruknya tumit kaki kalau pecah, nampak tak cantik.. pakai stokin pun tak selesa sebab stokin akan tersangkut-sangkut pada rekahan yang ada. Satu lagi mimpi ngeri kaum hawa!!!!

Kenapa tumit kita pecah?


  1. Suhu atau cuaca yang terlalu sejuk atau yang terlalu panas
  2. Terlalu kerap mandi menggunakan air panas atau berenang di kolam 
  3. Kelenjar peluh yang aktif, biasanya disebabkan oleh genetik
  4. Berat badan yang berlebihan
  5. Masalah kulit kronik seperti ekzema dan psoriasis
  6. Penyakit kronik tertentu seperti diabetes dapat menyebabkan kulit menjadi kering dan teriritasi.
  7. Mengambil ubat-ubat diuretik dan antihistamin kerana ia menyebabkan pengeringan pada kulit
  8. Cara kita berjalan, yang menyebabkan bahagian-bahagian tertentu dari kaki untuk menanggung jumlah berat badan berlebihan. Berat badan yang abnormal ini  juga menyebabkan kulit kaki yang tebal, keras, dan kering.
Cara merawat tumit merekah




  1. Melembabkan kulit merupakan cara yang utama untuk mengatasi kulit kering. Pastikan setelah mandi Anda menggunakan pelembab khusus untuk kulit kering.
  2. Untuk mencegah tumit pecah-pecah, sebaiknya gunakan krim khusus seperti HERBAL BLEND SHAKLEE!
  3. Tambahkan sedikit minyak pada tubuh atau dalam tab mandi Anda. Minyak dapat memberi efek tenang pada kulit dan menyebabkan kulit tetap lembab dalam jangka waktu yang lama.
  4. Pakailah selipar yang lembut untuk melindungi kaki Anda setiap saat.
  5. Setiap malam sebelum tidur, rendam kaki anda dalam campuran minyak  dan air hangat. Rendam selama 10 minit. Setelah direndam, urut kaki dengan perlahan.
  6. Bersihkan kaki. Untuk mencegah tumit pecah-pecah, Anda harus menjaga kaki supaya sentiasa bersih. Semasa mandi, gosok kaki untuk menghilangkan kotoran dan sel kulit mati. Bersihkan kaki dengan menggunakan air suam.
  7. Pisang. hancurkan sebiji pisang masak dan sapukan pada tumit yang pecah-pecah. Biarkan selama 10 minit dan kemudian bilas dengan air. Lakukan ini paling kurang sekali setiap hari sampai kaki Anda menjadi lembut dan sembuh sepenuhnya.
  8. Lemon. Rendam kaki dalam larutan lemon dan air selama 15 minit. Gosok dan kemudian bilas. Sapukan pelembap pada tumit untuk mencegah kulit pecah-pecah.
  9. Betik. Ambil sebiji betik muda, hiris dan sapu getahnya pada tumit anda. Biarkan 15-20 minit. dan bersihkan.
  10. Susu dan madu. Campur susu dengan madu. Rendam kaki di dalamnya selama 15-20 minit. Gosok dan kemudian bilas dengan air suam.  Lakukan ini sekali dalam seminggu untuk mendapatkan hasil terbaik.
  11. Minyak Sayur – minyak sayur yang dimaksud adalah minyak kelapa, atau minyak zaitun. Bersihkan tumit anda, sapukan minyak sayur tadi pada tumit yang kering. Rawatan ini elok dilakukan pada malam hari sebelum anda tidur.
  12. Garam dan Kelapa Parut – Parut kelapa hingga teksturnya menjadi agak kasar kemudian campurkan satu sudu teh garam kedalamnya. Gaul rata, lalu gosokkan campuran tadi pada tumit kering anda yang sebelumnya sudah dibersihkan. Kemudian bersihkan menggunakan air. Cara mengatasi tumit pecah-pecah yang satu ini memadai dilakukan tiga kali seminggu pada sebelah malam.

Rawatan alternatif yang terbukti berkesan!!!






Ini sememangnya rahsia yang saya amalkan. Alhamdulillah berkesan untuk diri saya. Sekarang tumit kaki saya tidak lagi merekah.  Bukan tumit kaki saja yang cantik, masalah kulit tapak kaki saya yang tebal dan keras juga sudah kembali normal. Syukur pada Allah. Apa rahsianya???

Haaa... saya hanya amalkan makan VITAMIN C dan VITAMIN E 1 biji setiap hari. Sangat berbaloi. Bukan kaki saja yang ok, malah kulit muka juga nampak tegang, cantik dan parut jerawat pun pudar. Harganya pun JIMAT!!! Sebab 1 botol VITAMIN C boleh tahan sehingga 6 BULAN, dan VITAMIN E pula boleh tahan sehingga 4 BULAN! Memang awesome!!!!

Whatsapp saya untuk maklumat lanjut. 

Harga kasih sayang untuk pelanggan saya tau!

Salam sayang,


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...