Cara menguruskan EBM dengan betul

Jom ketahui cara yang terbaik utk menguruskan EBM

* EBM - Expressed Breast Milk

1- Setelah anda mengepam susu anda, pastikan anda jangan lupa untuk melabel (nama bayi anda, masa dan tarikh).
- Prinsip yang perlu diingat "FIFO" - First-In-First-Out. EBM yang dimasukkan akan digunakan terlebih dahulu

2- Jangan isi botol susu anda sehingga penuh. Pastikan anda memberikan sedikit ruang kerana cecair akan mengembang ketika beku.

3- Susu boleh dibiarkan di luar pada suhu bilik sehingga 4 jam.
- Peti ais bawah (bagi 2 pintu) sehingga 3 hari (mengikut suhu peti sejuk tersebut). Dan pastikan anda menyimpannya di ruang paling belakang ya.
- Peti ais atas - sejuk beku (bagi 2 pintu) sehingga 3 bulan.
- Deep freezer sehingga 6 bulan.

4- Sekiranya anda mahu menyediakan susu buat si manja anda, anda boleh merendam dengan air suam (bukan dengan air panas).
- Sifirnya senang sahaja: 2 cawan air panas + 1 cawan air paip
- Sekiranya EBM beku, anda boleh cairkan terlebih dahulu di peti ais bawah semalaman ataupun anda boleh lalukan di bawah air paip yang mengalir.

5- Setelah EBM disuamkan, anda perlu menggoyangkan botol secara perlahan-lahan untuk sebatikan lapisan lemak EBM (dan bukan menggoncang dengan kuat) kerana ia boleh memusnahkan rantaian nutrien yang ada di dalamnya.

6- Periksa suhu EBM sebelum diberikan kepada bayi.




Bahaya bayi di bawah 6 bulan minum air putih



Secara amnya, bayi yang berusia kurang daripada 6 bulan tidak boleh diberikan air putih.Sebenarnya bayi tidak memerlukan air putih kerana mereka memperolehi sejumlah kuantiti air yang cukup melalui susu, sama ada dari susu ibu ataupun susu formula.
Air putih, akan menggangu keupayaan tubuh untuk menyerap nutrisi dari susu ibu atau susu formula. Memberikan air putih juga akan menyebabkan bayi anda kenyang dan tidak mahu susu ibu atau formula.
Bahaya Bayi Minum Air Putih
1). Mengganggu Tumbesaran Bayi
Apabila perut bayi telah dipenuhi air putih, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya. Kajian mendapati, pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.

Teknik Atasi Susu Merudum dengan Power Pumping



Menyusukan anak memang memerlukan kekuatan, kesabaran dan moral support dari org2 sekeliling. Bukan semua orang bertuah dikurniakan rezeki susu yang banyak dan melimpah ruah. Ada yang terpaksa berusaha keras untuk menyusukan anak sebab bekalan susu tidak banyak. Macam saya, selama 8 bulan menyusu anak secara eksklusif, saya korbankan segala-galanya. Korban masa dan waktu rehat saya. Tiada istilah lepak2 dan golek2 depan tv. Saya sgt nekad untuk menyusukan anak sekurang2nya 6 bulan penuh!. alhamdulillah... tercapai jugak walau tak tidur malam sebab sibuk pump susu.

Teknik POWER PUMPING memang diakui keberkesanannya oleh ibu2 yg mengalami masalah kekurangan susu. Saya salah seorang daripadanya. Dan saya akui kdg2 agak penat, tetapi teknik ini banyak membantu. Jom kita berkenalan dengan apa itu POWER PUMPING.

Senarai Set Pantang Shaklee


set bersalin shaklee
Set Pantang Shaklee

Terdapat 4 set yang anda boleh pilih mengikut kesesuaian budget masing-masing. Anda boleh memilih sama ada inginkan SET BUDGET, SET ASAS, SET XTRA atau SET PREMIUM.


1.Set Budget :

ESP , VITALEA = RM238.75


Kenapa anda WAJIB pilih SET PANTANG SHAKLEE


set bersalin shaklee
Set pantang Shaklee

Ramainya ibu-ibu di luar sana yg masih tercari-cari SET PANTANG yang akan digunakan selepas bersalin kelak. Tahukah anda SET PANTANG Shaklee sangat murah dan sesuai digunakan oleh ibu-ibu walaupun anak menghidap jaundis.

Apa kata mereka-mereka yang telah menggunakan SET PANTANG Shaklee?

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Beliau menggunakan Set Pantang Premium Shaklee semasa berpantang anak ketiga. Beliau mengakui kehebatan produk shaklee ini berbanding semasa anak pertama dan kedua. Katanya, luka beliau cepat kering, beliau tidak sembelit, dan baby tak meragam sebab susu banyak. Bonus tambahan, muka beliau nampak fresh dan kemerah-merahan. Selepas 2 minggu, beliau rasa segar untuk melakukan kerja-kerja rumah. Yang paling hebat, berat badannya maintain sama seperti zaman anak dara,  10 tahun lepas!. 

                                                                                                                        Puan Yana , Ampang

Merawat buasir



 Apa itu buasir?
Buasir adalah salur darah vena yang membesar di bahagian bawah rektum dan dubur. Ia akan membawa masalah apabila ianya menjadi radang atau bengkak. Buasir boleh diklasifikasikan kepada dua bergantung kepada lokasinya iaitu buasir luaran atau buasir dalaman. Kedua-dua ini mempunyai simptom dan masalah yang berbeza.

Kenali makanan untuk tulang



Anda semua mesti sedia maklum kepentingan pemakanan yang berkhasiat untuk tubuh. Namun secara spesifiknya, adakah anda tahu pemakanan yang tepat untuk kesihatan tulang anda? . Jom! kita baca senarai di bawah.

1). Kalsium
Ia merupakan mineral utama untuk pembentukan tulang. Jika anda kekurangan kalsium, tubuh akan mengambilnya daripada tulang dan itulah yang akan mengakibatkan masalah tulang rapuh. Kuantiti kalsium yang diperlukan sehari adalah antara 1000 mg sehingga 1200 mg.

2). Vitamin C
Vitamin ini bertindak membantu pembentukan tulang rawan, seterusnya membentu jaringan sendi yang sihat. Untuk mendapat manfaat yang maksimum, ambillah 1000mg vitamin C setiap hari.

Tips untuk kulit sihat



Tip #01
Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 2 liter sehari untuk memastikan kulit sihat dan bersih.

Tip #02
Pengambilan makanan berserat membantu memperbaiki kompleksi kulit dan menjadikannya cerah serta licin.
Tip #03
Vitamin A penting untuk perkembangan pemulihan tisu kulit. Kekurangan vitamin A akan menyebabkan masalah kekeringan, pengelupasan dan kedutan.



Tip #04
Vitamin C pula diperlukan untuk penghasilan kolagen yang membantu menganjalkan kulit.
Tip #05
Vitamin E pula adalah vitamin antioksidan yang menuetralkan kesan radikal bebas. Radikal bebas menyebabkan kulit lebih mudah diserang masalah penuaan.
Tip #06
Zinc saling bekerjasama dengan vitamin E untuk menghasilkan kolagen dan elastin. Zink membantu kulit lebih tegang, kuat dan lembut.


Hubungi saya jika anda ingin membuat pesanan supplemen yang diperlukan di atas.

Jumpa lagi!


Kenapa saya memilih Shaklee Part 1

Hari ni post saya pasal motivasi... memberi inspirasi kepada mereka-mereka yang masih teragak2 nak mulakan bisnes apa, macam mana, dan mereka-mereka yang modal sedikit atau tiada modal langsung. Tapi, sebelum anda mula membaca, lapangkan fikiran terlebih dahulu, put aside all the negatives thinking. Sebab kalau anda membaca dengan minda yang negatif, hasil dan outputnya akan negatif. 



Saya dulu pernah join macam2 bisnes networking. Yang baru, yang lama... bukan setakat bisnes networking sahaja, bisnes2 lain pun saya buat. Saya pernah join zhulian, revell, buka kedai roti, jual brg di Ebay, beli barang direct dari China dan start menjual, ambik tempahan kek, kuih2 talam... macam2 kan... banyak kan? tapi semua tu memberi 1001 pengalaman yang tidak ternilai buat diri saya. pengalaman yang tidak boleh di jual beli. 

Bagaimana saya terjebak dengan Shaklee?

Testimoni ESP Part 2

Oleh sebab bulan ni, promosi ESP yang bagi saya memang kali terakhir. Why? Sebab start bulan depan, GST akan dikenakan untuk setiap produk and postage. So, everything will be different. Price takkan sama lagi. 

So, bagi yang masih berkira-kira, masih ragu-ragu, masik berbolak balik, dok tambah tolak darab bahagi, memang nyesal lah kalau korang tak grab ESP bulan ni. Kalau ada budget, boleh grab 2-3 tong utk stock. Saya sendiri pun dah order 1 set untuk diri sendiri. Kalau modal besar, nak je ku simpan 2-3 set... hua3.... 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...